: Follower :

Sabtu, April 30, 2011

: Cara Berhadapan Dengan Orang Ego :

Hey-hey blogger.

Ego, memang susah nak di lepaskan dalam diri kita. Tidak kira lelaki atau perempuan. Pasti sama saja. Kenapa yek? Bagi manusia, ego pasti tidak lepas dalam kehidupan kita. Dengan ego, kita boleh mengelah dari sesuatu, kita boleh melakukan ape yang kita maukan tapi korang tidak terfikir ke? Ramai yang melakukan keegoan korang tue sampai mengganggu kehidupan masyarakat lain?(ape la aku merepek nie?)

Untuk sesape yang jumpa orang yang ego nie, korang leh lawan balik dye. Ada beberapa cara korang kena buat untuk lawan ego mereka. Cara nie leh digunakan kepada sesape je lebih-lebih lagi sesape nak pujuk awek diorang. Meh aku tunjuk caranya...

1. Cara Komunikasi
Berkomunikasi dengan bahasa yang sopan dan nada yang lembut. Bertutur secara diplomasi agar tidak menyinggung perasaan lawan yang anda bercakap.Umpama macam korang nak memujuk orang ego nie. Ini paling utama tau!!!

2. Cara Memujuk
Cara nie macam yang pertama jugak tetapi dengan cara tingkatkan cara yang positif dengan cara memujuk atau memuji seseorang yang berego tinggi apabila berhadapan dengannya.

3. Kenali Siapa Dia
Selidiki siapa dirinya dan tingkah lakunya melalui individu yang mengenali dekat sikap dan sifatnya. Selidiki juga apa yang disukai dan tidak disukainya. Jangan dok main ceramah dan dok rendah egonya tanpa mengetahui isi hati seseorang.

4. Letakkan Taraf Ego Mengikut Keadaaan
Tonjolkan keegoaan positif anda untuk mendapatkan perhatian. Yakinlah bahawa anda seorang yang berkebolehan dan hebat. Bukannya sama-sama ego kuat jus untuk menunjukkan korang tue betul.

5. Lupakan Emosi Diri
Apabila berhadapan dengan seseorang yang berego tinggi, kita perlu kawal emosi agar tidak timbul tekanan mental. Orang yang mampu mengawal emosinya, pada hakikatnya telah menang (secara mental) menghadapi situasi itu. Betul x?

6. Pendekatan Rasional
Jika dalam sesuatu keadaan telah tegang, kita tidak perlu menaikkan tahap keegoan diri. Sebaik-baiknya kita turunkan darjah keegoan diri agar situasi tidak "meletup". Kang tak pasal-pasal jadi gaduh lak. Hehehe...

Try la.

3 ulasan:

iKhRam berkata...

wah.. kalau la boleh nak guna langkah2 macam tu.. memang senang la.. bukan setakat ego, orang kurang ajar dgn kita, kita boleh handle.. masalah kalau orang ego tu menyakitkan hati kita..?? dan kita tidak lg boleh bersabar.. ada tak langkah2nye untuk mengajar dia??

Farhan Ibn Yahya berkata...

hahaha...orang kurang asam la...
owh, sebab tue kita kena sabar...

xerk berkata...

ko ckp j " blh x ko tlg rendahkan ego ko?" sbb kadang2 die x perasan ego die tggi