: Follower :

Rabu, September 07, 2011

5 Tips Terbaik Lupakan EX..!!!

Assalamualaikum.
Hey-hey to blogger dan reader.

Aku nak tanya, korang sebelum nie pernah bercinta dan pernah tersilap buat keputusan sampai putus cintakan? Pernah tak korang terfikir nak lupakan bekas kekasih korang tue? Pasti ramai mahukan tapi susah bagi sesape yang tak tau tip-tip nak lupakan ex korang nie. Korang nak tau tak caranya??? Yok baca isi-isi kat bawah nie.

1. Sila buang/delete nombor telefon bekas kekasih korang.
Tak kisahlah telefon bimbit, telefon ofis, rumah, jiran sebelah rumah, atau rumah nenek bekas kekasih korang. Ini penting tau sebab kalau korang masih menyimpan nombor telefon dia, kemungkinan besar korang akan sentiasa menghantar mesej, membuat missed call, atau menelefon dia. Maka, jika korang melakukan demikian...korang akan bersedih kalau-kalaulah bekas kekasih korang tidak melayan korang.

2. Sila buang/delete gambar-gambar bekas kekasih korang.
Mungkin ini agak susah untuk dilakukan tapi korang perlu kuat. Pergi tengok dalam galeri telefon bimbit korang...minta tolong kawan-kawan, atau sedara mara korang(ini kalau korang betul-betul tak sampai hati lah kan) untuk menekan butang delete ke atas gambar-gambar memori korang itu. Kemudian, buka pula komputer/laptop korang, cari di dalam folder yang ada gambar bekas kekasih korang dan tekan delete juga. Tekan sahaja ctrl+a+delete. SENANG. Tak perlu nak pilih mana gambar cantik ataupun tidak ya.
Ouh...korang tidak boleh bermain tipu juga tau seperti pergi mem'bluetooth' atau memindahkankan dahulu gambar bekas kekasih korang ke telefon bimbit/komputer/laptop adik, ataupun kawan baik korang ya. Semuanya harus dibuang!

3. Sila buang/delete facebook, friendster, myspace, tagged etc. bekas kekasih korang.
Tak payahlah korang nak sibuk stalk page bekas kekasih korang lagi. Nanti kalau tiba-tiba korang nampak ada perempuan/lelaki lain yang pergi menggedik dengan dia, korang juga yang perit kan? Jadi, henti-hentikanlah dengan perangai setiap 10 saat anda pergi menjenguk ke facebook, friendster, myspace. tagged etc. beliau.

4. Hentikan bermesra dengan bekas kekasih korang.
Kononlah korang ini satu pejabat, tak pun satu sekolah, satu kelas, satu kursus, satu kolej atau apa- apa yang satulah kan. Tolong jangan masih mahu menggedik pergi tersenyum atau membuat muka memohon simpati terhadap bekas kekasih korang. Jangan mahu buat-buat terjatuhlah, sakitlah, menangislah, kerja tak siap lah atau apa sahaja yang boleh melibatkan korang menarik perhatian dia. Kalau boleh, sila pergi melepak dengan rakan-rakan baik korang ataupun cubalah untuk bermesra dengan lelaki/perempuan yang lebih kacak bergaya daripada bekas kekasih korang. Barulah korang boleh membuka minda korang yang selama ini setiap 2 minit mahu menyebut nama si dia.

5. Tukar imej baru.
Ok. Ini seronok. Selepas anda sedih menonggeng, pergilah rajinkan diri ke salon. Tukarlah stail rambut yang baru ke, potong rambut ke, rebond ke, perm kan ke or pape la. Kalau korang macam ada duit banyak sikitlah kan...pergilah beli baju baru, kasut baru, semua barulah. Dari kepala sampai ke kaki yang baru. Biarkan terjojol biji mata bekas kekasih korang jika terserempak dengan korang kan. Lagipun, kalau dah cantik-cantik handsome ni, mestilah ada orang yang cantik dan lagi handsome dari bekas kekasih korang tu cuba nak mendekati korang.

Agak kejam tak cara aku? Tapi nie la cara terbaik nak diamalkan untuk melupakan dengan lembut. Oke? Anyways, klo korang betul-betul rasa kejam...baik korang bincang dan berbual dengan bekas kekasih korang macam kawan biasa korang je. Amalkan setiap hari sehingga ia terbiasa dan korang pon tak akan tau dan rasa bile perasaan tue hilang dari hati korang. Peace no wars..!!!

4 ulasan:

is about pu3 :) berkata...

abg...adik sokongggg...heheh...2 yg adk wat skunk ni...heheheheh

cik kompas berkata...

masa pon penting jugak...

mcm mana kita ambik masa utk jatuh cinta, mcm tu jugak la kita kena ambik masa utk lepaskn cinta tu..

tak boleh buat dengan cepat2...nanti merana...hahahaha...

gIeGurL Fye berkata...

buang no hp...
tp kt memory kepale ny still x boleh hilang..

Farhan Ibn Yahya berkata...

adik - ape la adik nie..
cik kompas - yup...masa...hahahaha...
giegurl fye - lelaki jarang nak hafal no2 tue...orang kata, lelaki nie kan x minat hal remeh temeh...